Tips!

COOKING TIP

# Untuk memasak ikan pari dan ikan mayong, rendamkan ikan di dalam air asam jawa seketika sebelum dibasuh untuk menghilangkan hanyir ikan #


Tuesday, June 14, 2011

Muffin Nestum Marble

Asalnye nk bt kan utk ank2 utk minum ptg... skali tu ramai pulak tetamu yg dtg... langkah kanan nmpknye diorg... dpt la jamukan diorg dgn muffin ni. baru 1st time bt. not bad la rase dia. nk bt pun sng sgt... Ni bt 2 adunan. Dpt dlm 20 kpg jek. Actually resepi asal xde yg coklat. saje tambah. ikut selera sendiri. :)


Ni resepi nye (yg tlg diubah suai dari resepi asal)

Muffin Nestum Marble (10 biji)
Diambil dan diimprovised dari blog Izzah Muffin Lover

Bahan-bahan :

60g butter
70g gula
1/4 tsp garam
1 biji telur (saye gune gred B)
125g susu cair
1/2 tsp esen vanila
120g tepung naik sendiri (ayak)
20g almond nibs
35g nestum
1 tbs serbuk koko (saye gune Van Houten - pahit sket)

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Cairkan butter (api kecil) dan alihkan dari api sebaik sahaja butter cair
3. Masukkan gula dan garam dan kacau hingga gula larut
4. Sejukkan seketika, kemudian masukkan susu, telur dan esen vanila
5. Campurkan tepung, almond nibs dan nestum di dalam satu bekas besar
6. Masukkan campuran butter ke dalam campuran tepung dan kacau rata.
7. Bahagikan campuran kepada 2 bahagian.
8. Masukkan serbuk koko pada satu  bahagian dan gaul rata.
9. Sudukan campuran asal ke dalam papercup berselang dengan campuran yg tlh dicampur serbuk koko mcm buat kek marble (x perlu byk2 kali sbb papercup tu kecik je...)
10. Bakar selama 25 - 30 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...