Tips!

COOKING TIP

# Untuk memasak ikan pari dan ikan mayong, rendamkan ikan di dalam air asam jawa seketika sebelum dibasuh untuk menghilangkan hanyir ikan #


Friday, December 30, 2011

Ayam Goreng Rendam

Anak-anak nak makan ayam goreng. Teringat ayam goreng singgit yang jual dekat ngan rumah. Sedap ayam dia. Crispy sgt. Nk g beli dah tutup pulak... Hmm... nmpknye terpakse la mama goreng ayam sendiri kat umah... Tapi tu la... saye tak tau mcmn nk buat ayam goreng yang crispy mcm tu... Xpe... saye cube jugak bereksperiman dgn ayam setelah lambat dpt reply kat fb bile tanye mcmn nk bt ayam goreng rangup...

Ni la dia hasil eksperiman hari tu... sgt simple tapi boleh tahan sedap la... (puji diri sendiri... hehehe)





OK... meh kite tengok resepi dia...

Ayam Goreng Rendam

Bahan-bahan
1 kiub ayam
1/2 ekor ayam
1 cawan tepung goreng ayam (saye gune tepung Kentucky yang harga rm1.20 tu)
3 tbs tepung jagung
1 tbs pepper/blackpepper

Penyediaan
1. Larutkan kiub ayam di dalam air. kuantiti air bergantung kepada kuantiti ayam sebenarnye.
2. Rendam ayam di dalam larutan air kiub ayam selama lebih kurang setengah jam (kurang pun takpe)
3. Panaskan kuali. Pastikan anda menggunakan minyak yang banyak sebab ayam ni perlu di deep fry.
4. Campurkan tepung goreng ayam, tepung jagung dan pepper di dalam satu bekas. (tray pun boleh)
5. Apabila minyak betul-betul panas, kecilkan api.
6. Kuarkan seketul ayam dari rendaman, tos sedikit, dan golekkan di  atas campuran tepung.
7. Masukkan ke dalam kuali. Ulang sehingga kuali penuh, dan besarkan semula api.
8. Goreng hingga keemasan

Senang kan. Saje je bagi name ayam goreng rendam sbb salah satu step penyediaan adalah dengan merendam ayam tu dulu... hehehe...



OK. Selamat mencuba dan menjamu selera!


Tuesday, December 6, 2011

Easy Fudge Brownies

Name pun easy... memang very easy! rasenye anak saye yang umur 6 tahun pun boleh buat. Cuma campurkan semua bahan dalam 1 bekas, dan putar guna mixer. Actually brownies ni saye buat tanpa dirancang. Tibe2 hari tu mak saye x sihat. Jadi, saye amek emergency leave untuk jaga ank2 dan temankan mak yang tengah sakit. Bile boring, mule la bukak balik buku-buku resepi yang suami saye belikan sebelum-sebelum ni. Suami saye mmg rajin sangat belikan saye buku-buku resepi. Maybe sbb dia tau kesukaan bini dia ni... hehehe...

Selak punye selak, terjumpe lah resepi ni... ohmai... naper la saye boleh x nampak resepi ni sebelum ni. Asyik sibuk dengan tempahan pelanggan sampaikan saye terlupe kan hobi yang satu ni... :)

Brownies ni sedap! Rase coklat yang agak kuat... dicampur dengan rasa walnut.. dengan texture yang agak chewy dan padat. Rasenye ini boleh dikategorikan sebagai "Hidangan Dari Sorga". Yummy!!!

Resepi ni saye amek dari buku ni.... kat MPH ade jual.

Ok... ni resepi dia...

Simple Fudge Brownies
Rujukan : Buku Resepi CAKES oleh  Azza Pawanchik


Bahan-bahan
1 cwn tepung serbaguna (diayak)
1 tsp garam
2 cwn gula pasir
1/2 cwn serbuk koko
2 tsp esen vanila
1 cwn minyak sayuran
4 biji telur
1/4 cwn air sejuk
1/2 cwn walnut cincang (boleh tukar kekacang yang lain)

Penyediaan
1. Panaskan ketuhar ke 175 darjah celcius
2. Masukkan semua bahan mengikut turutan dan pukul sebati menggunakan mixer. Tidak perlu memukul terlalu lama.
3. Tuangkan ke dalam tin pembakar. Saya menggunakan tin pembakar bersaiz 8 inci untuk mendapatkan ketebalan seperti di dalam gambar.
4. Bakar selama 30 minit. (nota penting : jangan biarkan lebih dari 30 minit atau brownies anda akan menjadi terlalu kering dan rosak)

OK... selamat mencuba ye kawan2!


Thursday, December 1, 2011

Red Velvet Cake


Dari last week terase nk mkn kek ni. Sedapnye... at last smlm berjaya pun buat. Tu pun sbb ade customer yg order. Buat skali utk makan-makan sendiri...

Rasenye x ramai yg pernah makan RV ni kan. Hmm... mcmn nk describe ye rase RV ni macamane.... Rase dia sangat simple. Xde la superb macam Chocolate Cake... but still ade rase coklat kat dlm dia, since one of the ingredient is cocoa powder. Yang bt kek ni very special is its cream cheese topping. Wallah.. itu kekuatan kek ni...

K readers... let's share the recipe...


RED VELVET CAKE
Sumber : Gabungan beberapa resepi di www.myresipi.com dan diolah semula oleh saya mengikut kesesuaian


Resepi kek...

bahan-bahan 

2 1/2 cawan tepung kek
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar cocoa powder
1/2 buku butter
1 1/2 cawan gula icing - saye kurangkan sbb x suka manis sangat
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu segar di campur dengan 1 sudu kecil cuka - saya gunakan apple cyder
2 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil cuka epal
1 sudu kecil baking powder

penyediaan
1. Panaskan oven (175 degree) dan sapukan mentega ke loyang (8 inci).
2. Campurkan tepung, garam dan cocoa powder. Ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain, pukul mentega hingga lembut (1-2 minit), masukkan gula dan pukul hingga kembang (2-3 minit). Masukkan telur, sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan esen vanilla.
4. Dalam bekas yang lain, masukkan campuran susu dan cuka dengan pewarna merah. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan campuran pewarna berselang-seli dengan campuran tepung ke dalam adunan butter. Nota: Hendaklah dimulai dan diakhiri dengan campuran tepung.
5. Dalam mangkuk kecil, campur cuka dengan baking powder dan segera masukkan ke dalam campuran di atas.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven selama 25-30, atau sudah masak.
7. Sesudah masak, sejukkan kek. Kemudian keluarkan dari loyang. Wrap dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk sementara membuat cream cheese.
8. Potong kek kepada 2 atau 3 lapisan dan lapiskan dengan cream cheese.


Untuk Cream Cheese frosting...

bahan-bahan

2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
2 sudu kecil esen vanila
2 cup gula icing - saya kurangkan


penyediaan
Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

Selamat mencuba kawan-kawan!

Friday, November 18, 2011

Blackpepper Beef

Raye haji hari tu ade sorang customer merangkap x-student sy datang amek Baked Macaroni yang dia order. Sekali tu dia siap bawak juadah raya lagi untuk saye. Bestnye. Salah satu juadah tu adalah Daging Masak Blackpepper. Sedapnye mak dia buat. Saye yg mmg suke sgt masak2 ni terus je BBM dia mintak resepi dari mak dia.. Meh kite share same2 ye resepi ni.... tp yg ni versi yang dah sy ubahsuai mengikut kesesuaian (sebenarnye mengikut bahan yg ada kat rumah... heheheh). Lagi satu resepi ni xde sukatan yang spesifik ye. Ikut sesedap rasa jek.

Blackpepper Beef
Resepi asal : Ibu Atie


Bahan-bahan
daging
serbuk blackpepper
ketumbar (biji)
jintan manis (biji)
serbuk jintan manis
serbuk jintan putih
oregano
kicap pekat
bawang besar (tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
gula
*boleh tambah sebarang herbs/spices yg ada (paprika/thyme/rosemary dll)

penyediaan
1. marinate (perap) daging dengan semua selama 1 jam (lagi lame lagi bagus) 
2. panaskan sedikit minyak
3. tumis daging yang telah dimarinate
4. masak sehingga daging betul-betul empuk. kalau masih belum empuk, boleh tambahkan air dan biarkan sehingga kering
5. tambah kicap, gula dan serbuk perasa secukup rasa dan jika perlu

Friday, November 11, 2011

Sambal Gertuk a.k.a Sambal Ketuk

Hari ni sblm g keje masak lauk simple je utk mak dan anak-anak... Sup Ayam Macaroni, Ikan Terubuk Goreng dengan Sawi Jepun Goreng Oyster... Bile balik tengahari tibe2 rase mcm x berselera pulak tengok lauk2 tu... Alamak... xde yg pedas langsung! Otak ni ligat berfikir, nk cari ape sbg pembuka selera yek.... Tibe2 teringat tentang Sambal Gertuk yang slalu kwn2 kat group blogger sy citer... Bahan2 ade kt umah... so ape lagi kan... ni la dia... Sambal Gertuk versi saye...


Sebenarnye resepi sambal ni ade 2 versi... versi hari ni adalah versi yg paling mudah dan ringkas. Sesuai la utk working mom cam saye ni... Resepi ni saya dapat dari geng2 ni GHMB (one of my blogger group) dan diolah mengikut citarasa saya...

Sambal Gertuk (versi 1)
Resepi asal : kwn2 GHMB

Bahan-bahan :
Segenggam cili api (dibuang batang) - boleh tukar dgn cili hijau (5 biji) jika x kuat pedas
Segenggam ikan bilis (lebih pun boleh)
Sebiji bawang putih (saya tambah sendiri)

Penyediaan :
1. Goreng semua bahan di dalam sedikit minyak yang sudah dipanaskan sehingga cili dan bawang putih sedikit layu.
2. Keluarkan dan tumbuk kesemua bahan tu di dalam lesung batu (macam buat sambal belacan)


ok... resepi yg kedua ni pulak saya amek dari arwah nenek saya... (semua resepi nenek saye adalah resepi 'legend' bagi saye... heheheh). Resepi orang lame kan... agak complicated sket la... tp sodapppp!!! Resepi ni saye x olah walau sedikit pun... 100% resepi arwah nenek.


Sambal Gertuk (versi 2)

Bahan-bahan
7 biji cili hijau atau segenggam cili api atau campur je kedua-duanya (petua dari arwah nenek... kalau nk sambal kite sedap, ganjilkan bilangan cili yang digunakan)
sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
sedikit asam jawa (buang biji)

Penyediaan
1. Goreng semua bahan di dalam sedikit minyak sehingga layu. 
2. Keluarkan dan tumbuk seperti sambal belacan. Jangan buang minyak lebihan gorengan tadi.
3. Masukkan ke dalam mangkuk dan curahkan sedikit minyak lebihan gorengan tadi.

Of course versi ke-2 lebih sedap kalau tengokkan pada bahan-bahannya kan. Tapi yang versi 1 lebih ringkas pembuatannya... 

OK lah. Selamat Mencuba!

Friday, October 14, 2011

Mi Rebus ala Mama Olynn

Selera nk mkn nasi dah makin merundum kebelakangan ni... Fikir punye fikir, tibe2 dpt idea nk bt mi rebus lak pg td.... untuk lunch dan jugak dinner hari ni... rasenye leh bwk smpi breakfast sok pg ni... hehehheeh. Senang je buat dia.... Kite tgk resepi kt bawah ni ye...


Mi Rebus Ala Mama Olynn

Bahan-bahan :

1 kilo mi kuning (dicelur air panas)

Utk kuah :
300g daging (direbus dgn sedikit garam dan gula) bersama air rebusan
2 biji kentang (buang kulit, rebus dan blend sehingga halus)
1 senduk rempah kari daging
1 genggam udang kering (rendam, bersihkan dan blend)
Daun sup & daun bawang (potong dalam 1cm)
Bawang besar & bawang putih (hiris)
1 kotak kecil santan (saya lbh suka gunakan santan kotak ye!)
Gula & serbuk perasa

Utk hiasan :
Taugeh (dicelur)
Telur rebus
Limau Kasturi
Cili merah & hijau (hiris bulat)
Daun sup & daun bawang (dihiris)
Bawang Goreng

Penyediaan (kuah) :
1. Bancuh rempah kari bersama daun sup & daun bawang, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumiskan bancuhan rempah.
3. Apabila rempah garing, masukkan udang kering yang telah dikisar dan kacau seketika
4. Masukkan kentang yang telah dikisar dan kacau
5. Masukkan air rebusan daging beserta daging yang telah dihiris dan biarkan mendidih
6. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Jika terlalu pekat, boleh ditambah air.
7. Masukkan serbuk perasa dan gula secukup rasa. Tak perlu masukkan garam kerana air rebusan daging dah masin.

Lepas tu mi boleh dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang dicadangkan di atas...

Friday, October 7, 2011

Mi Goreng Ala Hailam

Hari ni keje mlm... perut lapar. Yang ada kt dapur tu lauk asam pedas ikan terubuk yg masak semalam. Alamak... x seleranye. Tgk jam dh kul 7. Masuk keje  balik kul 8. Nk masak ape yg ringkas & seme blh mkn essp budak2 ye... Teringat ade beli mi kuning semalam. Goreng je lah. Disbbkan nk bg budak2 mkn skali, goreng je ala hailam. Letak udang & fishcake byk2 mesti ank2 suke... Main campak2 je akhirnye ni la hasilnye...


OK... ni resepi dia... blh la ubah ikut suke ye. Ni version saye.... 


Mi Goreng Ala Hailam

Bahan-bahan:

500g Mi kuning
5 sudu sos tiram (lebih pun xpe. ikut suke)
segenggam udang
sekeping fishcake - potong nipis
kicap cair (saye gune kicap cair POPO)
2 pokok sawi jepun (dipotong dalam 2 cm)
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji telur
serbuk perasa
sedikit air

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar & bawang putih yang telah dihiris
2. Setelah garing, masukkan sos tiram
3. Masukkan fishcake dan udang
4. Kacau sehingga udang separuh masak
5. Masukkan sedikit air. Jangan byk sangat. Nanti jadi mi hailam.
6. Tambahkan kicap cair dan serbuk perasa. (boleh tambah garam jika suka lebih masin)
6. Masukkan telur. Biarkan seketika.
7. Masukkan mi kuning (yang telah direndam utk hilangkan kapur dan ditos) dan sawi jepun.
8. Kacau rata. Jika terlalu kering, tambahkan air & oyster. Kemudian, masak sehingga sebati.

Dah siap pun. Masa penyediaan rasenye x sampai 15 minit pun. Ank2 berebut makan sampai x cukup. Maybe mmg selera budak2 mcm ni kot. Tak pedas. :)

OK... selamat mencuba ye kawan2....

Wednesday, August 10, 2011

TIPS : How To Be A Great Chef

CHEF - satu gelaran yang sangat hebat pd saye... ni adalah angan2 saye (bukan cita2 ye dulu) sejak dari sy tau mcmn nk masak... Ohmai... bestnye kalau saye ni sorg chef terkenal dan hebat mcm Jamie Oliver ke Nigella Lawson ke... Anna Olson ke kan... Bestnye.....



OK... Tips ni saye ceduk dari tips yang diberi oleh Chef Sabri di laman web TryMasak....



Bagaimana Untuk Menjadi Chef yang Hebat


1. Untuk menjadi Chef yang hebat, anda perlu MINAT dan MAHU memasak. Tukang masak dgn sikap yg positif dpt bekerja dgn pantas, berkesan, bersih dan selamat.

2. Food service memerlukan STAMINA fizikal dan mental, kesihatan yg baik dan kesanggupan utk bekerja keras dalam jangkamasa yang panjang. Kite mungkin perlu memasak sewaktu orang lain bersantai dan bersukaria...

3. Tugas penyediaan makanan adalah satu TEAMWORK. Jadi kite seharusnya boleh bekerja dalam kumpulan dan boleh bekerjasama dengan org lain.

4. Kite perlu ada sikap taksub untuk BELAJAR dan MENCUBA resepi2 baru. Chef yang baik akan sentiasa belajar untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah pengalaman mereka.

5. Dapatkan PENGALAMAN sebanyak mungkin dengan cara belajar (secara formal atau x formal) dan mencuba dan apply apa yang telah dipelajari... semakin rajin kite practice, semakin byk pengalaman yang kite akan dpt...


Tuesday, August 9, 2011

Ayam Goreng Si Hitam Manis

Saje je letak name tu.... sebenarnye ni ayam goreng oyster ATAU ayam goreng madu 5 atau yg paling tepat AYAM GORENG MUMY... resepi dia senang jek.... jap ye... tgk gmbr dulu... rupaparas ayam berbeza disebabkan kualiti gambar, lighting & kuantiti oyster yg diletak di dalam resepi.... hehehe....





Okeh.. ni resepi dia...

Bahan-bahan :
10 ketul Ayam
5 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
1/2 inci Halia
7 tbs Gula
1/4 botol Oyster
Sedikit Tepung Goreng Ayam Kentucky

Cara Penyediaan :
1. Blend bawang putih, bawang besar dan halia
2. Gaulkan dengan ayam dan perap sebentar
3. Masukkan oyster dan gula
4. Gaul dan perapkan seketika
5. Masukkan tepung goreng ayam dan gaul sebati
6. Boleh digoreng terus atau diperap lagi....

Sekian. Selamat mencuba. :)

Monday, August 8, 2011

Mi Bidali


Lagi satu resepi mumy.... pun sgt sedap... ni bukan mi kari ok... mmg ade rempah kari... tp rase kari tu x kuat... nk lg sedap jgn gune daging... gune tetel... perghhh... mmg menusuk jantung dan salur darah lah... heheheh... let's try kwn2 kalo nk tau rase dia cane....






bhn2 :
500g daging/tetel (potong kecik2)
1 senduk kecik taucu
5 keping tauhu
1 senduk kecik serbuk kari daging
1 kotak (sederhana) santan kotak (gune santan betul pun blh)
1 sudu garam (utk rebus daging)
1 sudu gula (pun utk rebus daging)
sedikit ajinomoto

cara2 buat :
1. rebus daging bersama garam dan gula hingga empuk (bile dh empuk pastikan air rebusan jgn terlalu byk)
2. ramas tauhu, taucu dan serbuk kari
3. tumis bhn2 yg diramas sehingga garing
4. bile dh garing, masukkan daging bersama air rebusan
5. apabila mendidih, masukkan santan
6. masukkan ajinomoto (masa ni dh blh rasa. kalau ade yg kurang, tmbh je)
7. biarkan mendidih.



Utk accessories kt atas mi tu leh ikut suke... saye letak salad, timun, tomato, tauhu goreng, cili hiris, daun sup dan bawang goreng. Xlupe gak limau kasturi sepotong....

Terubuk Goreng Berlada


Resepi ni saye blaja ngan mumy.... mmg sdp sgt2. Dah lame nk makan ni... sejak sblm arwah Dady meninggal.. xdpt2 sbb xjumpe ikan terubuk kat pasar... skali tu hari tu g Econsave nmpk lak terubuk. murah lak tu... beli la dua ekor... bile masak ingatkan cukup... rupenye berebut2 lak ye... 


sori la ye... gmbr kurang cantek... x kisah la tu janji sodapppp... feberet sy sejak kecik ni...

Ni resepi dia....

Terubuk Goreng Berlada
Resepi asal : Puan Zainap Abdul Hamid (bonda hamba..)


Bahan-bahan :
Ikan terubuk (tak kira la baper byk)
2 genggam Cili kering
5 ulas Bawang putih
1 biji Bawang besar
Halia (dalam 1 cm)
1 tsp Kunyit
1 cawan Air Asam Jawa
Garam 
Ajinomoto
Gula

Cara penyediaan :
- Kisar cili kering (yg dh direndam dgn air panas ye) bersama sedikit bawang putih, bawang besar dan halia
- Masukkan dalam bekas dan masukkan sesudu kunyit serbuk
- Perahkan air asam jawa
- Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukupnya (lebihkan gula)
- Kacau sebati
- Gaulkan pada ikan terubuk dan goreng ikan tersebut
- Tumis baki cili menggunakan minyak goreng ikan tadi. (kalau banyak sangat asingkan sedikit) - minyak mmg akan hitam sedikit.
- Setelah cili garing, curahkan ke atas ikan yg dh digoreng tadi....

Wallahhhh... siap dah... try la ye kwn2... mmg sedap bangattttt....

Friday, July 22, 2011

Iklan sat...

Entry kali ni xde resepi... cume nk amek kesempatan utk promote biskut2 & kek utk hari raya yg bakal menjelma x lame lg... :)

Almond Choc Chip Cookies

Almond London Cookies

Blueberry Cheese Cake

Chocolate Moist Cake

Hari Raya Gift

Hazel Dark Choc Cookies

Mini Choc Moist Cupcakes

Oreo Cheese Cake

Special Tart Gulung

Yummy Choc Moist

So, saper2 yg berada kt Muar tu leh la order ye kalau berminat. Untuk maklumat lanjut leh klik kat blog bakeri saye, Yummilicious Baker's Place.....

Thursday, June 30, 2011

Nasi Arab Berempah


Asalnye nk cari resepi Nasi Bukhari. Skali tu tibe2 terjumpe lak resepi Nasi Arab Berempah ni kat page Myresipi.... Nmpk menarik jek... bhn2 pun mcm sng... so, last weekend try la bt... hurmmm... not bad rase dia... Mkn mcm tu je pun dh ok sbb dlm dia mmg dh ade ayam....

Ok... ni resepi yang sy ambil dari MyResipi....
Copy & paste je ni.... sy olah sket2 mengikut selera sendiri. Halia sy x letak memandangkan bonda tercinta alah pada halia.... :)

NASI ARAB BEREMPAH
Bahan-bahan ( 3 orang )


  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sdk jintan manis
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 1/2 sdk jintan putih
  • 3 cwn beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1/2 biji bwg besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sdb rempah kurma
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Tuesday, June 14, 2011

Muffin Nestum Marble

Asalnye nk bt kan utk ank2 utk minum ptg... skali tu ramai pulak tetamu yg dtg... langkah kanan nmpknye diorg... dpt la jamukan diorg dgn muffin ni. baru 1st time bt. not bad la rase dia. nk bt pun sng sgt... Ni bt 2 adunan. Dpt dlm 20 kpg jek. Actually resepi asal xde yg coklat. saje tambah. ikut selera sendiri. :)


Ni resepi nye (yg tlg diubah suai dari resepi asal)

Muffin Nestum Marble (10 biji)
Diambil dan diimprovised dari blog Izzah Muffin Lover

Bahan-bahan :

60g butter
70g gula
1/4 tsp garam
1 biji telur (saye gune gred B)
125g susu cair
1/2 tsp esen vanila
120g tepung naik sendiri (ayak)
20g almond nibs
35g nestum
1 tbs serbuk koko (saye gune Van Houten - pahit sket)

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Cairkan butter (api kecil) dan alihkan dari api sebaik sahaja butter cair
3. Masukkan gula dan garam dan kacau hingga gula larut
4. Sejukkan seketika, kemudian masukkan susu, telur dan esen vanila
5. Campurkan tepung, almond nibs dan nestum di dalam satu bekas besar
6. Masukkan campuran butter ke dalam campuran tepung dan kacau rata.
7. Bahagikan campuran kepada 2 bahagian.
8. Masukkan serbuk koko pada satu  bahagian dan gaul rata.
9. Sudukan campuran asal ke dalam papercup berselang dengan campuran yg tlh dicampur serbuk koko mcm buat kek marble (x perlu byk2 kali sbb papercup tu kecik je...)
10. Bakar selama 25 - 30 minit.

Friday, April 8, 2011

Roti Jala ala Mama Olynn

Hehe... ape beza roti jala mama olynn ngan roti jala biase ? roti jala mama olynn mcm2 kaler ade dik... sesuai nk tarik perhatian bdk2 essp bdk2 yg susah sgt nk mkn....


 


ROTI JALA ala MAMA OLYNN

Bahan-bahan
500g tepung gandum
1 biji telur
3 tbs margerin
3 tbs susu cair
Air (mengikut kepekatan)
Garam secukup rasa
Pewarna (sebarang warna pilihan anda)

Kaedah
1. Blendkan semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
2. Dengan menggunakan peralatan yg betul, jalakan tepung di atas kuali leper.

Notes : roti jala ni sedap di makan dengan kari ayam / kari daging.... resepi nanti2 la ye... xde gambar la nk attach skali... :)

Wednesday, April 6, 2011

Potato Bread

Resepi ni sy amek dari fotopages Rinnchan. Antara blog masakan yg menjadi fav saye. Resepi dia seme best2 dan menjadi. Senang lak tu... 

Actually, dh byk kali dh bt potato bread ni. Mmg suke. Sy suke, mr hubby suke, mumy suke.... so, sy cari la resepi. Nasib baik jumpe yg sng cani.... Dulu slalu beli potato bread ni kt Tesco. Tp skang ni dh xpyh beli dah.. buat sniri jek... :)



Ni resepi dia....
(disebabkan malas nk menaip, saye copy dan edit dari fotopages rinnchan jek... sori ye rinnchan. tq!)

ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Sumber : Onigiri@meresipi.com

Bahan-bahan:

300gm tepung berprotein tinggi (tepung gandum la tu...)
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek (kalau suke kentang lebih leh tmbh ye...)
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya.... 

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega

Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag. 

Blackpepper Chicken Rice

Mcm biase... sy mmg suke mengubah mane2 resepi ikut keselesaan dan kesenangan sy bile nk bt nanti... Resepi ni lebih kurang same je ngan resepi basic bagi mane2 nasi ayam... tp sy ubah ikut selera dan cara saye....



Langkah 1 :
Bahan-bahan
1 ekor ayam (belah dua boleh, belah 4 boleh, x belah pun boleh)
3 buku bawang putih (hiris)
1 buku bawang besar (hiris)
sedikit halia yang dimayang
Air
Garam dan ajinomoto

Kaedah
Masukkan semua bahan ke dalam air, kemudian rebus sehingga mendidih. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.


Langkah 2
1. Keluarkan ayam dari sup dan toskan di dalam tapis.
2. Blend bersama sedikit bawang putih, halia, bawang besar
3. Masukkan ayam dalam satu mangkuk besar, kemudian gaulkan dengan bahan-bahan yang telah diblend
4. Tambahkan blackpepper secukupnya
5. Letak sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Perap seketika

Langkah 3
Bahan-bahan
3 pot beras
Sup ayam (dalam langkah 1) - sukat mengikut sukatan air untuk beras.
Serbuk kunyit

Kaedah
Basuh beras. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan sup ayam (jangan masukkan ayam skali ye) mengikut sukatan beras yang sesuai. Letak sedikit serbuk kunyit (utk kuningkan warna nasi). Masak.


Langkah 4
Sementara tunggu nasi masak, gorengkan ayam yang telah diperap. Tak perlu goreng lame sgt sbb ayam mmg dh masak mase kite rebus tadi.


Langkah 5
Bahan-bahan
Cili merah hidup
Bawang putih

Kaedah
Blend cili merah dengan bawang putih bersama sedikit air. Didihkan didapur. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jangan terlalu byk air. Takut cair.


Langkah 6
Ambil sedikit sup dan asingkan di dalam satu mangkuk kecil. Tambahkan sedikit kicap masin. Campuran ni kite gunakan utk jirus atas ayam nanti.....


Bile dah selesai semua langkah... nasi pun dah masak... so, ape lagi... decorate lah ikut selera masing-masing.... dan boleh dihidangkan.... Sekian!

Kentang Afrika

Ni resepi ciptaan bonda tercinta... very simple dan sedap...


Bahan-bahan


6 biji kentang (buang kulit dan potong epal)
2 biji bawang besar (potong epal gak)
1 senduk cili kisar
kicap masin
garam (jika perlu)
1 tbs gula

Kaedah
1. Goreng kentang yang dah dipotong epal sehingga masak dan ketepikan.
2. Tumis cili kisar hingga garing
3. Masukkan sedikit garam (jgn byk nanti masin sbb kite akan letak kicap), ajinomoto (xyah pun xpe) dan sesudu gula.
4. Kacau sebati.
5. Bila cili dah garing, masukkan kentang yang sudah digoreng tadi. Kacau separuh sebati.
6. Masukkan bawang yang sudah dipotong epal
7. Masukkan kicap secukup rasa dan kehitaman. Gaul sebati.

Senang sgt kan? Try lah... sodappppp!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...