Tips!

COOKING TIP

# Untuk memasak ikan pari dan ikan mayong, rendamkan ikan di dalam air asam jawa seketika sebelum dibasuh untuk menghilangkan hanyir ikan #


Friday, October 14, 2011

Mi Rebus ala Mama Olynn

Selera nk mkn nasi dah makin merundum kebelakangan ni... Fikir punye fikir, tibe2 dpt idea nk bt mi rebus lak pg td.... untuk lunch dan jugak dinner hari ni... rasenye leh bwk smpi breakfast sok pg ni... hehehheeh. Senang je buat dia.... Kite tgk resepi kt bawah ni ye...


Mi Rebus Ala Mama Olynn

Bahan-bahan :

1 kilo mi kuning (dicelur air panas)

Utk kuah :
300g daging (direbus dgn sedikit garam dan gula) bersama air rebusan
2 biji kentang (buang kulit, rebus dan blend sehingga halus)
1 senduk rempah kari daging
1 genggam udang kering (rendam, bersihkan dan blend)
Daun sup & daun bawang (potong dalam 1cm)
Bawang besar & bawang putih (hiris)
1 kotak kecil santan (saya lbh suka gunakan santan kotak ye!)
Gula & serbuk perasa

Utk hiasan :
Taugeh (dicelur)
Telur rebus
Limau Kasturi
Cili merah & hijau (hiris bulat)
Daun sup & daun bawang (dihiris)
Bawang Goreng

Penyediaan (kuah) :
1. Bancuh rempah kari bersama daun sup & daun bawang, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumiskan bancuhan rempah.
3. Apabila rempah garing, masukkan udang kering yang telah dikisar dan kacau seketika
4. Masukkan kentang yang telah dikisar dan kacau
5. Masukkan air rebusan daging beserta daging yang telah dihiris dan biarkan mendidih
6. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Jika terlalu pekat, boleh ditambah air.
7. Masukkan serbuk perasa dan gula secukup rasa. Tak perlu masukkan garam kerana air rebusan daging dah masin.

Lepas tu mi boleh dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang dicadangkan di atas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...